INISIATIF KOMUNITI DAN PERANAN MEDIA DALAM MEMPROMOSIKAN PERPADUAN MELALUI KEBUDAYAAN
Peranan inisiatif komuniti dan media dalam mempromosikan perpaduan melalui kebudayaan. Inisiatif Komuniti dan Peranan Media dalam Mempromosikan Perpaduan Melalui Kebudayaan.
Inisiatif Komuniti ialah program gotong-royong, perayaan bersama, dan aktiviti sukarelawan, penganjuran bengkel seni dan kraf tradisional, kelas tarian atau muzik etnik, serta pameran kebudayaan tempatan dapat memperdalam pemahaman dan penghargaan terhadap warisan budaya pelbagai kaum.Penubuhan pusat-pusat komuniti yang berfungsi sebagai ruang interaksi dan perkongsian budaya dapat memfasilitasi dialog antara generasi dan memupuk rasa saling hormat.Kerjasama antara pihak komuniti dengan pihak sekolah juga penting untuk memupuk nilai nilai perpaduan dari peringkat awal.
Peranan Media adalah media sosial yang dapat dimanfaatkan untuk menyebarkan kandungan positif yang mempromosikan keharmonian dan perpaduan, seperti video-video pendek yang menampilkan keunikan budaya setiap kaum atau kisah-kisah inspiratif tentang kehidupan bermasyarakat.Wartawan dan penulis blog perlu memainkan peranan dalam melaporkan berita-berita yang membina dan mengelakkan penyebaran maklumat palsu atau provokatif yang boleh mencetuskan ketegangan kaum. Media juga haruslah memainkan peranan dalam mengelakkan penyiaran yang boleh menyentuh isu sensitif yang boleh menggugat keharmonian negara. Kempen-kempen kesedaran yang dijalankan melalui media massa dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pentingnya perpaduan dan toleransi dalam kehidupan berbilang kaum.Media juga boleh menganjurkan forum atau diskusi yang melibatkan tokoh-tokoh masyarakat, pemimpin agama, dan pakar budaya untuk membincangkan isu-isu perpaduan dan mencari penyelesaian bersama.
Dengan sinergi antara inisiatif komuniti dan peranan media yang efektif, kita dapat memperkukuhkan lagi jalinan perpaduan dalam masyarakat berbilang budaya di Malaysia.

wow ayat yang sangat lengkap dan 🤩👍
ReplyDeleteTerbaikkk👍🏻
ReplyDelete